Kebakaran besar di Los Angeles: Lapangan terbang, destinasi pelancongan terjejas
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Beberapa lapangan terbang dan destinasi pelancongan di kawasan Los Angeles serta bahagian lain di selatan California terjejas akibat kebakaran hutan dan angin kencang, lapor United Press International (UPI) memetik media tempatan.
Penumpang yang tiba di lapangan terbang di Los Angeles dan Burbank disambut dengan keadaan berasap, dan banyak penerbangan terpaksa membatalkan perkhidmatan makanan serta minuman kerana jangkaan gelora udara yang disebabkan oleh angin kencang, lapor USA Today.
Pegawai di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles tidak menjangkakan kesan ketara ke atas jadual penerbangan akibat kebakaran hutan, tetapi pegawai di Lapangan Terbang Antarabangsa Hollywood Burbank menyatakan bahawa keadaan cuaca telah menjejaskan penerbangan di lapangan terbang itu.
Setakat 1.45 tengah hari EST pada Rabu, FlightAware melaporkan 18 peratus penerbangan di Burbank dibatalkan manakala 11 peratus lagi mengalami kelewatan.
United Airlines, American Airlines dan JetBlue adalah antara syarikat penerbangan domestik yang telah mengeluarkan pengecualian penerbangan bagi kawasan Los Angeles, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles dan Lapangan Terbang Burbank.
Penumpang dinasihatkan untuk menyemak maklumat penerbangan masing-masing jika mereka merancang perjalanan ke atau dari lapangan terbang di selatan California.
Kebakaran hutan itu turut menjejaskan destinasi pelancongan di selatan California.
Universal Studios pada Rabu menutup Universal Studios Hollywood dan tarikan Universal CityWalk untuk sehari akibat keadaan kebakaran dan angin kencang, lapor ABC News.
Antara tarikan popular lain yang ditutup ialah Six Flags Magic Mountain di Santa Clarita, taman tema Six Flags di Valencia, serta lokasi Getty Center dan Villa.
Disneyland dan Knott's Berry Farm belum mengumumkan sebarang penutupan di destinasi tarikannya.
Pelawat boleh menyemak aplikasi Disneyland untuk mendapatkan maklumat terkini jika terdapat perubahan yang mungkin menjejaskan rancangan mereka di tarikan Disneyland.

Sumber : Bernama/SU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.