Kebakaran belukar teruk di Australia musnahkan rumah, sebabkan haiwan ternakan mati
Puluhan kebakaran belukar berlaku di wilayah Victoria, Austalia, sehingga para penduduk di sana terpaksa meninggalkan rumah masing-masing.
(Gambar: AAP)
Sekurang-kurangnya satu rumah juga musnah.
Cuaca panas dan berangin mencetuskan 80 kebakaran belukar pada Sabtu (16 Nov) dan keadaan ini sedang ditangani beratus-ratus pegawai bomba.
Dua kebakaran belukar di daerah timur dan selatan wilayah dianggap paling sukar untuk diatasi dan dijangka tidak dapat dipadamkan buat jangka masa agak lama, menurut pihak berkuasa pada Ahad (17 Nov).
Pesuruhjaya pengurusan kecemasan Victoria, Rick Nugent. berkata kedua-dua kebakaran berkenaan telah memusnahkan lebih 1,900 hektar tanah tetapi ia masih belum dapat dikawal.
"Terdapat tanam-tanaman yang musnah dan haiwan ternakan yang mati di kawasan itu. Pasukan kami akan terus menilai tahap kerosakannya sepanjang hari ini," kata Encik Nugent.
Sekurang-kurangnya satu rumah musnah di bahagian barat wilayah itu dengan lebih banyak lagi turut dikhuatiri musnah.
Dalam kalangan ratusan penduduk yang dipindahkan adalah 10 pendaki dari sebuah taman negara. Mujur tiada yang terkorban sejauh ini.
Pihak berkuasa Victoria menggesa para penduduk yang telah berpindah supaya jangan pulang ke rumah sehingga diberitahu keadaan telah kembali selamat.
Angin kencang terus dijangkakan pada petang ini, memburukkan lagi keadaan, sekurang-kurangnya sehingga cuaca menjadi lebih dingin.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.