Kebakaran belukar di wilayah Victoria bertukar jadi banjir kilat dalam tempoh 24 jam
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/ANDREW LEESON)
SYDNEY: Kurang dari 24 jam sejak penduduk di wilayah Victoria, Australia, dipindahkan akibat kebakaran belukar, pihak berkuasa tempatan kini memberi satu lagi amaran berlakunya banjir.
Ini sedang hujan lebat memadam kebakaran, dan menyebabkan paras air sungai naik di wilayah tenggara Australia itu.
Menurut Biro Kaji Cuaca Australia, banjir kilat dijangka berlaku sepanjang petang Rabu (4 Okt) di
timur laut Victoria. Ini sedang hujan turun di beberapa bahagian wilayah itu, di mana kira-kira 17,000 hektar tanah terbakar sejak semalam.
Pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan seorang peladang pada Selasa (3 Okt) malam yang terperangkap selepas memandu di tengah-tengah keadaan banjir, kata ketua pegawai operasi Tim Wiebusch di perkhidmatan kecemasan wilayah Victoria.
Beberapa kawasan di wilayah tersebut menerima hujan sehingga 150 mililiter, hampir lapan kali ganda jumlah purata wilayah itu pada September. Hujan lyang bertambah lebat dijangkakan berlaku pada Rabu, tambahnya.
"Selama 24, 48 jam akan datang, banjir kilat, banjir sungai akan menjadi risiko utama. Kami tidak dapat menekankan lagi betapa pentingnya orang ramai harus berhati-hati dengan keadaan di sekitar mereka."
Hujan berlaku berikutan musim bunga di Australia yang kering, yang bermula pada September. Bulan lalu merupakan September paling kering pernah dicatat, menurut Biro Kaji Cuaca, dengan curahan hujan berada 71 peratus di bawah purata 1961-1990.
Pasukan bomba masih sedang berusaha untuk memadamkan api di dua bahagian wilayah Victoria, namun pihak berkuasa menyatakan ia tidak mengancam penduduk tempatan.
Di seberang sempadan di wilayah New South Wales, kebakaran belukar seluas 5,200 hektar tidak dapat dikawal, berdekatan bandar Bermagui, kira-kira 300 kilometer barat daya Sydney.
Pihak bomba menyatakan keadaan mula reda pada waktu malam, meskipun sejumlah rumah terbakar. Pihak bomba masih berusaha untuk mengawal kebakaran.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.