Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kebakaran belukar Australia dijangka bertambah teruk

Pegawai bomba mengejar masa untuk mengawal kebakaran belukar yang telah meragut nyawa tiga orang di negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Kebakaran belukar Australia dijangka bertambah teruk

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 10 Nov 2019 09:33PM Dikemas Kini : 10 Nov 2019 09:38PM

AUSTRALIA: Pegawai bomba mengejar masa untuk mengawal kebakaran belukar yang telah meragut nyawa tiga orang di negara itu.

Beberapa orang lagi masih hilang dan sekurang-kurangnya 150 buah rumah musnah.

Pihak berkuasa memberi amaran keadaan dijangka bertambah teruk dengan bandar terbesar Sydney turut diancam kebakaran buat julung-julung kalinya.

Kebakaran belukar di New South Wales dan Queensland dilaporkan reda sedikit hari ini (10 Nov) ekoran cuaca yang lebih sejuk.

Bagaimanapun, lebih 100 kebakaran masih tidak terkawal di dua wilayah timur Australia itu yang mengalami cuaca kering.

Di Queensland, hampir 5,000 buah rumah terpaksa dikosongkan sejak kelmarin (8 Nov) dan masih ramai penduduknya belum dibenarkan pulang.

Sumber : Agensi berita/MU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan