Kebakaran belukar Australia dijangka berlarutan beberapa minggu
Pihak berkuasa Australia pada Ahad (11 Jan) menyatakan pasukan bomba mungkin mengambil masa beberapa minggu untuk mengawal kebakaran belukar di tenggara negara itu, yang sudah memusnahkan rumah, memutuskan bekalan elektrik ribuan kediaman dan membakar kawasan belukar yang luas.
Anggaran Waktu Membaca:
SYDNEY: Pihak berkuasa Australia pada Ahad (11 Jan) menyatakan pasukan bomba mungkin mengambil masa beberapa minggu untuk mengawal kebakaran belukar di tenggara negara itu, yang sudah memusnahkan rumah, memutuskan bekalan elektrik ribuan kediaman dan membakar kawasan belukar yang luas.
Kebakaran tersebut sudah merebak merentasi lebih 300,000 hektar kawasan belukar di wilayah Victoria sejak pertengahan minggu lalu, memusnahkan lebih 130 hartanah termasuk rumah, selain menyebabkan ribuan penduduk terputus bekalan elektrik.
Terdapat lebih 30 kebakaran yang masih marak di Victoria pada pagi Ahad, kata Premier wilayah itu, Jacinta Allan. Di wilayah berdekatan, New South Wales, beberapa kebakaran berhampiran sempadan Victoria berada pada tahap kecemasan, tahap bahaya tertinggi, menurut Perkhidmatan Bomba Luar Bandar wilayah itu.
Pihak berkuasa menyatakan kebakaran tersebut adalah yang terburuk yang melanda tenggara Australia sejak kebakaran “Black Summer” pada 2019-2020 yang memusnahkan kawasan seluas Turki dan meragut 33 nyawa.
Ketua Pegawai Bomba Pengurusan Kebakaran Hutan Victoria, Chris Hardman, berkata pasukan bomba berkemungkinan memerlukan masa selama beberapa minggu untuk mengawal kebakaran tersebut.
“Kebakaran ini tidak akan dapat dikawal dengan sepenuhnya sebelum cuaca kembali panas, kering dan berangin,” kata Encik Hardman kepada Australian Broadcasting Corporation dsi televisyen.
Cik Allan berkata di platform media sosial X bahawa larangan menyeluruh pembakaran sudah dikuatkuasakan di Victoria, sedang ribuan anggota bomba dan lebih 70 pesawat dikerahkan untuk memadamkan kebakaran itu.
“Asap kebakaran belukar menjejaskan kualiti udara di banyak kawasan di seluruh Victoria, termasuk metropolitan Melbourne,” tambah beliau.
Salah satu kebakaran terbesar, berhampiran bandar Longwood, kira-kira 112 kilometer di utara Melbourne, membakar 130,000 hektar kawasan belukar, memusnahkan 30 struktur, ladang anggur dan tanah pertanian.
“Ingatan saya bersama rakyat Australia di komuniti-komuniti serantau ini pada saat yang amat sukar ini,” kata Perdana Menteri Anthony Albanese dalam satu ucapan yang disiarkan di televisyen pada Sabtu.

Sumber : Reuters/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.