Kebakaran Australia: Langit New Zealand bertukar jingga
Asap daripada kebakaran belukar dari Australia dibawa angin sejauh lebih 2,000km hingga ke pulau utara New Zealand menyebabkan udara berbau.
AUCKLAND: Asap daripada kebakaran belukar dari Australia dibawa angin sejauh lebih 2,000km hingga ke pulau utara New Zealand menyebabkan udara berbau.
Asap tebal mencecah ruang ruang Auckland hari ini (5 Jan) hingga menukarkan warna langit kepada jingga.
Menurut saintis, warna jingga kemerah-merahan itu disebabkan asap yang membuat cahaya biru kurang kelihatan.
Pihak berkuasa menerima banyak panggilan daripada para penduduk yang khuatir akan keadaan itu.
Sebelum ini asap daripada kebakaran belukar Australia itu menjejas pulau Selatan New Zealand.
Ia menyebabkan kawasan-kawasan litupan air batunya berubah warna daripada putih kepada coklat.
Beberapa pemandangan indah di negara itu turut terjejas, termasuk pemandangan panoramik glasier yang kini hilang daripada penglihatan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.