Keamanan di M'sia tarik minat pelabur besar, dedah PM Anwar
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Bernama)
MELAKA: Tugas anggota keselamatan dalam memastikan keamanan negara sentiasa terpelihara banyak menyumbang kepada minat syarikat besar luar negara untuk melabur di Malaysia, kata Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim.
Beliau berkata sumbangan anggota keselamatan termasuk polis dan tentera, tidak boleh dipandang rendah memandangkan mereka bertungkus lumus menjaga sempadan negara dan mengawal perbatasan laut.
“Jangan lupa, kalau negeri tidak aman, orang tidak datang. Di Sudan, di Pakistan tidak ada pelaburan baru sebaliknya di Malaysia banyak pelaburan baru kerana keamanan dijamin polis,” katanya ketika berucap pada program Sambutan Aidilfitri Perpaduan MADANI Masyarakat Bersama Polis peringkat Parlimen Tangga Batu di Melaka pada Selasa (16 Mei).
Turut hadir Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusoh dan Timbalan Ketua Polis Negara Razarudin Husain.
Encik Anwar berkata keamanan dan kestabilan politik Malaysia, secara tidak langsung menarik minat syarikat besar seperti Geely, Amazon dan Rongsheng Petrochemical Co Ltd untuk melabur dengan jumlah pelaburan melibatkan berbilion ringgit.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.