Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Keadaan Trump bertambah baik

Doktor peribadi Presiden Donald Trump berkata keadaan pemimpin Amerika Syarikat itu semakin bertambah baik sejak beliau dimasukkan ke hospital kelmarin (2 Okt) kerana dijangkiti COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Keadaan Trump bertambah baik

Presiden Trump. (Gambar: Twitter/realDonaldTrump)

Diterbitkan : 04 Oct 2020 05:03PM Dikemas Kini : 04 Oct 2020 05:06PM

WASHINGTON: Doktor peribadi Presiden Donald Trump berkata keadaan pemimpin Amerika Syarikat itu semakin bertambah baik sejak beliau dimasukkan ke hospital kelmarin (2 Okt) kerana dijangkiti COVID-19.

Dr Sean Conley menambah bahawa Presiden Trump tidak demam dan tidak diberi bantuan oksigen tambahan.

Presiden Trump juga, katanya, sudah diberi dos kedua ubat Remdesivir, tanpa mengalami kesan sampingan.

Sungguhpun begitu Dr Conley berkata keadaan Presiden Trump belum boleh dikatakan tidak lagi berbahaya.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Twitter pula Presiden Trump sendiri berkata beliau sudah berasa lebih baik.

"Saya datang ke sini dalam keadaan kurang sihat. Saya berasa lebih baik sekarang. Kami telah bekerja keras agar saya sembuh. Saya perlu sembuh kerana kami masih perlu berusaha menjadikan Amerika kembali hebat.

"Saya percaya saya akan pulang tidak lama lagi dan saya tidak sabar untuk meneruskan kempen (pilihan raya presiden) sama seperti ketika ia dimulakan.

"Saya hanya mahu memberitahu anda saya sudah mula berasa lebih baik. Saya menjangkakan, beberapa hari akan datang merupakan ujian sebenarnya," kata Presiden Trump.

Sumber : Agensi berita/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan