Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Keadaan terus tegang di Haryana, India selepas 6 maut dalam pertempuran penganut Hindu-Muslim

Anggaran Waktu Membaca:

NEW DELHI: Pihak berkuasa New Delhi di India memperketatkan kawalan dan menguatkuasakan perintah larangan.

Ini selepas keganasan yang berpunca daripada pertempuran kaum di daerah Haryana merebak ke wilayah sekeliling ibu kota India itu.

Setakat ini, enam orang maut manakala lebih 50 yang lain dilaporkan cedera.

Wilayah itu juga sedang menawarkan ganti rugi kepada para penduduk yang dibakar rumah mereka akibat pertempuran yang berlaku.

Sepanjang tiga hari lalu, beratus-ratus kereta, kedai dan gerai dibakar. 

Kebanyakan daripadanya adalah milik penduduk Islam.

Sebuah masjid turut dibakar manakala imamnya ditembak.

Kumpulan-kumpulan sayap kanan Hindu, Vishwa Hindu Parishad dan Bajrng Dal, mengadakan bantahan di merata Delhi pada Selasa (2 Ogos). 

Mereka mendakwa pertempuran di Haryana adalah sebahagian daripada konspirasi puak Islam Nuh.

Di tengah-tengah kebimbangan mungkin tercetus keganasan baharu, lebih banyak alat keselamatan seperti dron dan kamera CCTV telah digunakan menyusuli arahan Mahkamah Tinggi India.

Mahkamah itu juga mengeluarkan arahan agar para anggota polis  memastikan tiada kata-kata berbaur hasutan dibuat semasa perhimpunan-perhimpunan diadakan.

Satu notis amaran juga dikeluarkan di wilayah Uttar Pradesh, di daerah-daerah yang pernah menyaksikan pertempuran kaum yang serupa sebelum ini.

Pihak pembangkang mengutuk parti yang diterajui Perdana Menteri India Narendra Modi atas kegagalannya menegakkan undang-undang dan menjaga ketenteraman awam.

Pemerintah bagaimanapun menyangkal dakwaan tersebut sambil menyatakan  tahap keselamatan di Haryana terkawal.

Sumber : AGENCIES/AY/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan