Keadaan tegang di Bangladesh jelang pilihan raya umum negara
Keadaan kian tegang di Bangladesh menjelang pilihan raya umum negara itu esok (30 Dis).
Lebih 600,000 anggota polis, pasukan bersenjata dan askar-askar keselamatan sudah dikerah di seluruh Bangladesh. (Gambar: Munir Uz Zaman/AFP)
DHAKA: Keadaan kian tegang di Bangladesh menjelang pilihan raya umum negara itu esok (30 Dis). Akibatnya langkah-langkah keselamatan ditingkatkan selepas negara itu dicengkam keganasan sepanjang tempoh berkempen.
Sejauh ini, 13 orang mati dan beribu-ribu yang lain cedera dalam keganasan menjelang pilihan raya.
Lebih 600,000 anggota polis, pasukan bersenjata dan askar-askar keselamatan sudah dikerah di seluruh Bangladesh.
Pasukan tersebut - yang termasuk Batalion Tindakan Pantas (RAB), tentera lut, pengawal sempadan dan laut serta unit polis - akan mengawal sekitar 40,000 kawasan mengundi di merata negara miskin itu.
Lebih 104 juta rakyat Bangladesh layak mengundi.
Para pengamat mengatakan Perdana Menteri Sheikh Hasina dijangka menang untuk meneruskan penggal keempat pemerintahannya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.