Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Keadaan Menteri Perdagangan Dalam Negeri M'sia agak kritikal tetapi stabil

Anggaran Waktu Membaca:
Keadaan Menteri Perdagangan Dalam Negeri M'sia agak kritikal tetapi stabil

(Gambar fail: Bernama)

Diterbitkan : 23 Jul 2023 04:42PM Dikemas Kini : 23 Jul 2023 04:45PM
KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia Salahuddin Ayub yang sedang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, dilaporkan berada dalam keadaan agak kritikal namun stabil.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa memaklumkan pihaknya akan melawat Encik Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai pada Ahad (23 Jul) bagi mengetahui dengan lebih lanjut perkembangannya.

“Keadaannya (Salahuddin) stabil tapi agak kritikal, kita doakan insya-Allah dia sihat, pembedahan semalam Alhamdulillah berjaya dan kita sedang pantau keadaan dia di unit rawatan rapi (ICU),” katanya kepada para wartawan selepas melancarkan Program Madani Afiat dan One Hour Malaysia Clean Up peringkat negeri di Perumahan Rakyat Padang Hiliran di Kuala Terengganu pada Ahad.

Pada Sabtu (22 Jul), Setiausaha Akhbar kepada Encik Salahuddin, Syakirin Husnal memaklumkan menteri berkenaan dikejarkan ke Wad Kecemasan HSB kira-kira 10.15 malam Jumaat dan mendapat rawatan setelah mengalami mual dan muntah-muntah sebelum disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar.
Sumber : Agensi berita/SS/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan