Keadaan di Gaza 'semakin porak-peranda'; gudang makanan digeledah: PBB
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Mohammed Abed)
GAZA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Ahad (29 Okt) memberi amaran bahawa keadaan di Gaza mula porak-peranda, selepas beribu-ribu penduduk Gaza menggeledah gudang makanannya di Palestin.
Agensi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) menyatakan tepung, gandum dan bekalan lain diambil dari beberapa gudang.
"Ini adalah isyarat yang membimbangkan bahawa ketenteraman awam kian terjejas dan semakin porak-peranda akibat peperangan yang sudah berlangsung selama tiga minggu dan sekatan yang ketat," kata ketua UNRWA Gaza Thomas White.
Salah satu gudang di bandar Deir al-Balah digunakan untuk menyimpan bekalan dari konvoi kemanusiaan yang mula memasuki Gaza dari Mesir, pada 21 Oktober.
"Beribu orang memecah masuk beberapa gudang UNRWA dan pusat agihan di kawasan pusat dan selatan Carikan Gaza, mengambil tepung gandum dan barangan asas lain seperti bekalan kebersihan," dedah UNRWA.
Sejak konflik yang bermula pada 7 Oktober, UNRWA menyatakan bahawa 84 trak bantuan kemanusiaan sudah memasuki Gaza. Namun, menurut agensi bantuan itu, jumlah tersebut adalah terlalu rendah.
Sebelum konflik itu, angka PBB menunjukkan bahawa 500 trak memasuki Gaza secara purata.
"Bekalan di pasar semakin berkurangan sementara bantuan kemanusiaan yang memasuki Carikan Gaza melalui trak dari Mesir pula tidak mencukupi," kata Encik White.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.