Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Keadaan bertukar ganas semasa pengebumian wartawan Al Jazeera

Anggaran Waktu Membaca:
Keadaan bertukar ganas semasa pengebumian wartawan Al Jazeera

(Gambar: Ronaldo Schemidt/AFP)

BAITULMAKDIS: Pasukan polis Israel pada Jumaat (13 Mei) menyerang orang ramai yang berkabung pada perarakan pengebumian wartawan Palestin, Shireen Abu Akleh, yang terbunuh minggu ini di Tebing Barat.

Tindakan keras pasukan keselamatan itu menyebabkan keranda yang diusung orang ramai itu hampir terjatuh dalam suasana kelam kabut, menurut laporan Astro AWANI yang menukil The New York Times.

Video tersebar menunjukkan para anggota polis di Baitulmakdis memukul dan menendang orang yang berkabung di sebelah keranda wartawan Al Jazeera, yang maut dipercayai ditembak tentera Israel pada Rabu (11 Mei). 

Ramai orang awam yang berkabung dilihat mengibarkan bendera Palestin.

Dalam satu kenyataan, polis Israel menyatakan pihaknya "dipaksa bertindak sedemikian" semasa pengebumian kerana "perusuh mula membaling batu ke arah anggota polis" dan beberapa orang yang berkabung melaungkan "hasutan nasionalis."

Cik Shireen yang merupakan wartawan Palestin-Amerika yang terkenal, ditembak mati pada pagi Rabu (11 Mei) di Tebing Barat semasa serbuan Israel di bandar Jenin. Saksi berkata beliau dibunuh oleh askar Israel.

Tentera Israel pada Jumaat (13 Mei) mendakwa walaupun ada kemungkinan Cik Shireen terbunuh disebabkan kesilapan tembakan oleh Israel, siasatan awalnya mencadangkan bahawa beliau mungkin juga telah dipukul oleh seorang lelaki bersenjata Palestin.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan