Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Keadaan bertambah baik selepas Indonesia tarik balik larangan eksport minyak sawit

Anggaran Waktu Membaca:
Keadaan bertambah baik selepas Indonesia tarik balik larangan eksport minyak sawit

Gambar: Azwar Ipank / AFP

Diterbitkan : 03 Jun 2022 06:44PM Dikemas Kini : 03 Jun 2022 06:44PM

JAKARTA: Bukan saja harga daya tenaga yang menyebabkan inflasi meningkat.

Harga minyak masak juga mencapai paras rekod di tengah-tengah krisis makanan sejagat.

Sejak kebelakangan ini, untuk mendapatkan minyak masak pada harga yang berpatutan agak mencabar.

Namun sekarang, keadaan semakin baik selepas larangan eksport minyak kelapa sawit Indonesia selama tiga minggu ditarik balik minggu lalu.

Pihak berkuasa Indonesia juga memperkenalkan syarat jualan bagi para penjual mulai Jun.

Mereka akan diberikan permit eksport hanya jika mereka telah menjual sebahagian produk minyak ke pasaran tempatan.

Para pengeluar dan penjual minyak masak juga harus mendaftar dan memasukkan data perniagaan mereka ke dalam aplikasi yang dipantau Kementerian Perdagangan Republik Indonesia.

Ini bertujuan menyalurkan bekalan minyak yang mencukupi untuk mengekalkan harga rendah bagi minyak masak.

41 peratus jumlah minyak kelapa sawit Indonesia diuruskan pihak petani.

Harga buah kelapa sawit segar yang menjunam akibat larangan eksport sebelum ini, belum lagi mantap selepas larangan itu ditarik balik.

Menurut Persatuan Petani Minyak Kelapa Sawit Indonesia, isunya adalah soal eksport.

Sehingga Khamis lalu, pihak berkuasa Indonesia telah mengeluarkan 160 permit eksport bagi 18 syarikat.

Ini melibatkan sekitar 1 juta tan minyak kelapa sawit mentah untuk dieksport dan mengutamakan syarikat-syarikat yang telah berdaftar untuk program minyak masak pemerintah.

Tetapi Persatuan Pengeluar Minyak Kelapa Sawit Indonesia menyatakan ia akan mengambil masa sebelum operasi kembali seperti biasa.

Biro logistik Indonesia kini telah diarahkan untuk membantu pengagihan minyak masak.

Meskipun ia akan mengambil masa bagi perusahaan minyak kelapa sawit Indonesia untuk berjalan lancar semula, adalah diharapkan supaya ia akan berlaku secepat mungkin.

Sumber : Agensi berita/AZ/kf

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa