Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Keadaan banjir Sabah beransur pulih, jumlah mangsa di PPS merosot

Anggaran Waktu Membaca:
Keadaan banjir Sabah beransur pulih, jumlah mangsa di PPS merosot

(Gambar: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah)

KOTA KINABALU: Keadaan banjir di Sabah menunjukkan trend penurunan apabila jumlah mangsa terjejas akibat bencana alam itu turun daripada 707 berbanding 1,435 mangsa yang dilaporkan pada Khamis (12 Mei). 

Demikian menurut laporan Astro Awani pada Jumaat (13 Mei). 

Menerusi kemas kini Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Sabah, jumlah itu membabitkan sebanyak 323 keluarga.

Katanya, daerah Tenom menunjukkan penurunan ketara apabila 728 mangsa sudah dibenarkan pulang ke rumah manakala hanya 355 mangsa daripada 228 buah keluarga dilaporkan masih ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS).

"Sementara di Beaufort pula, seramai 352 mangsa daripada 95 keluarga masih terkesan dan ditempatkan di dua PPS iaitu Dewan Selagon dan Dewan DSP Dun Banir," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat (13 Mei). 

Dalam pada itu, jumlah PPS yang masih aktif dalam menempatkan mangsa-mangsa banjir juga telah menurun kepada hanya tujuh, selepas enam lagi PPS ditutup.

"Hanya lima PPS di Tenom masih aktif, antaranya ialah Dewan Mini Jinuim Jimin, Rumah Kebudayaan Batu-Batu, Rumah Kebudayaan Pantagon Saga, Dewan Kampung Kalang Kanar dan Dewan Terbuka Kampung Saga.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah Mistrine Radin memaklumkan 12 buah sekolah rendah di daerah Beaufort dan Tenom melibatkan 1,975 pelajar masih ditutup ekoran banjir, lapor Astro AWANI. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan