Keadaan banjir kilat di Selangor terkawal, kata bomba
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Sinar Harian)
SHAH ALAM: Keadaan banjir kilat yang melanda di beberapa kawasan sekitar Selangor pada awal pagi Ahad (4 Jun) tidak menyebabkan kenaikan trend air sungai yang mendadak.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, kawasan yang terjejas dengan banjir kilat kini dalam keadaan terkawal.
Menurutnya, kawasan Sungai Buloh dan Kampung Kubu Gajah mulai beransur pulih berikutan paras air semakin surut namun anggota bomba akan terus melakukan pemantauan
"Air semakin surut namun pemantauan di teruskan sehingga sekarang dan anggota terlibat akan terus berada di lokasi sehingga air betul-betul surut," katanya kepada Sinar Harian.
Beliau memaklumkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik dan Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh masih berada di lokasi kejadian di kawasan masing-masing.
"Sementara bagi kawasan Sungai Pinang dan Klang Sentral kita tempatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang," katanya.
Pada Ahad, seorang wanita berdepan detik cemas selepas kenderaan dipandu terperangkap di dalam banjir di Klang Sentral, Jalan Meru, Taman Perindustrian Meru, di Shah Alam.
Menurut Encik Mohamadul Ehsan seperti dilaporkan Sinar Harian pagi tadi, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada pukul 5.44 pagi.
"Sepasukan anggota bomba dan penyelamat diketuai Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Rafizi Taib bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang bergegas ke lokasi kejadian," katanya.
Menurut beliau, dilaporkan berlaku limpahan air di lokasi tersebut pada kedalaman kira-kira 1.3 meter namun wanita terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.