Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Keadaan banjir di Melaka pulih, semua PPS ditutup

Anggaran Waktu Membaca:
Keadaan banjir di Melaka pulih, semua PPS ditutup

Mangsa banjir Malaysia di sebuah pusat pemindahan sementara. (Gambar: Bernama)

MELAKA: Keadaan Banjir di Melaka pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Sekolah Kebangsaan Seri Mendapat, Jasin ditutup pada 7.00 petang hari ini (13 Jan). 

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Melaka Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata PPS itu sebelum ini menempatkan 13 orang daripada tiga keluarga dari Kampung Lanchang. 

“Kesemua mangsa dibenarkan pulang selepas air di kawasan tersebut surut dan selamat untuk kembali ke kediaman masing-masing,” katanya ketika dihubungi Bernama. 

Secara keseluruhan, sebanyak 23 PPS dibuka sejak 1 Januari lalu bagi menempatkan 2,744 orang daripada 696 keluarga dari daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan