Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Keadaan banjir di Johor pulih sepenuhnya

Keadaan banjir di Johor pulih sepenuhnya selepas kesemua mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Keroma Darat, Muar, dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pagi ini (19 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Keadaan banjir di Johor pulih sepenuhnya

(Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 19 Jul 2020 03:01PM Dikemas Kini : 19 Jul 2020 03:06PM

JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di Johor pulih sepenuhnya selepas kesemua mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Keroma Darat, Muar, dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pagi ini (19 Jul).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R.Vidyananthan, menerusi satu kenyataan berkata lima mangsa banjir dari dua keluarga itu dibenarkan pulang selepas keadaan banjir di kawasan Parit Keroma Darat pulih dan selamat untuk didiami.

“Keadaan cuaca pada hari ini baik dan disebabkan itu kesemua mangsa di PPS itu telah dibenarkan pulang sebentar tadi,” katanya.

PPS SK Parit Keroma Darat yang dibuka petang Isnin (13 Julai) merupakan PPS terakhir yang beroperasi sehingga awal pagi tadi sebelum ditutup secara rasmi pada 10.30 pagi ini.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan