Skip to main content

Dunia

Keadaan banjir di beberapa negeri di M'sia bertambah buruk

Keadaan banjir di beberapa negeri di Malaysia bertambah buruk dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) dilaporkan meningkat.

Anggaran Waktu Membaca:
Keadaan banjir di beberapa negeri di M'sia bertambah buruk

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 29 Nov 2020 08:30PM Dikemas Kini : 29 Nov 2020 08:35PM

KEDAH: Keadaan banjir di beberapa negeri di Malaysia bertambah buruk dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) dilaporkan meningkat.

Di Kedah, seramai 691 mangsa daripada 183 keluarga ditempatkan di enam PPS di daerah Kulim dan Kuala Muda berikutan banjir kilat yang berlaku akibat hujan lebat petang Sabtu (28 Nov).

Di Perak, hujan berterusan sejak tengah hari hingga tengah malam telah menyebabkan beberapa kawasan di daerah Kinta dinaiki air.

Sementara itu, bilangan mangsa banjir di Bintulu, Sarawak meningkat kepada 364 orang pagi tadi berbanding 137 orang pada Sabtu (28 Nov).

Bagaimanapun, keadaan banjir di Terengganu yang memasuki hari keenam beransur baik dengan jumlah mangsa berkurangan kepada 1,041 orang berbanding 1,483 orang petang Sabtu (28 Nov).

Sumber : Bernama/SY/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita