Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kawasan timur Australia terus dilanda banjir kilat, ribut

Banjir kilat, angin kencang dan ribut terus melanda kawasan pantai timur Australia menyebabkan beratus-ratus penduduk terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing manakala sekurang-kurangnya 13 orang maut di Queensland dan tujuh di New South Wales (NSW).

Anggaran Waktu Membaca:

SYDNEY: Banjir kilat, angin kencang dan ribut terus melanda kawasan pantai timur Australia menyebabkan beratus-ratus penduduk terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing manakala sekurang-kurangnya 13 orang maut di Queensland dan tujuh di New South Wales (NSW).

Polis pada Selasa (8 Mac) mengesahkan dua lagi kematian terbaru membabitkan ibu dan anak lelakinya selepas kenderaan mereka dihanyutkan arus deras di barat Sydney.

Setakat Selasa, Perkhidmatan Kecemasan Wilayah NSW (SES) telah mengeluarkan arahan berpindah bagi sempadan wilayah Queensland hingga ke sempadan Victoria.

Pesuruhjaya SES NSW Carlene York memberitahu media tempatan, pihaknya sudah mengeluarkan 11 arahan berpindah melibatkan lebih 60,000 penduduk.

Menurut York, banyak jalan raya masih tidak dapat dilalui dan pihak penyelamat terpaksa menggunakan helikopter dan bot setelah banyak kawasan mengalami gangguan telekomunikasi.

Banjir berterusan kali ini adalah yang terburuk dengan satu daripada kawasan paling teruk terjejas adalah masyarakat luar bandar Lismore di utara NSW yang menyaksikan lima orang lemas ketika air banjir mencecah paras 14.5 meter pada hujung minggu.

Sementara itu, pakar meteorologi Tom Hough berkata kawasan pantai timur diramal menghadapi hujan lebat berterusan sepanjang Selasa sebelum keadaan beransur reda pada Rabu.

Ramalan untuk tempoh 24 jam sehingga tengah malam Rabu dijangka berhujan melebihi 100 milimeter (mm) di selatan NSW, manakala kawasan lain antara 25mm hingga 50mm.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan