Skip to main content

Dunia

Kawasan pergunungan Saudi dilanda salji sejak hari pertama Tahun Baru

Anggaran Waktu Membaca:
Kawasan pergunungan Saudi dilanda salji sejak hari pertama Tahun Baru

(Gambar: @CICSaudi/Twitter)

Diterbitkan : 04 Jan 2022 11:20AM

RIYADH: Sebuah gunung di Arab Saudi, Jabal al-Lawz, Tabuk diseliputi salji sejak awal pagi Sabtu lalu (1 Jan).

Beratus-ratus kenderaan dilihat berhenti di jalan raya ketika orang ramai menikmati cuaca luar biasa di kawasan berdekatan sempadan Jordan itu.

Persekitaran kawasan pergunungan itu hampir keseluruhannya diselimuti salji.

Ia dilihat jarang berlaku kerana kawasan itu biasanya panas kerana ia adalah kawasan padang pasir.

Pusat Meteorologi Arab Saudi pada Isnin (3 Jan) melaporkan ribut petir dijangka berlaku.

Hujan lebat dan hujan batu dijangka berlaku di Makkah, Riyadh serta beberapa kawasan lain di negara itu.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita