Skip to main content

Dunia

Kawasan Pelabuhan Feri Antarabangsa Sekupang, Batam digenangi air

Anggaran Waktu Membaca:
Kawasan Pelabuhan Feri Antarabangsa Sekupang, Batam digenangi air

Tangkapan skrin daripada video pengunjung

Diterbitkan : 20 Aug 2023 10:12AM
BATAM: Hujan lebat akibat cuaca ekstrem menyebabkan kawasan antara Pelabuhan Feri Antarabangsa Sekupang dengan Pelabuhan Domestik Sekupang (PDS) digenangi air.

Kereta dan kenderaan yang diletakkan tempat meletak kereta di terminal antarabangsa Pelabuhan Sekupang terendam air dan menjejas kegiatan di situ.

Menurut Pengarah BP Batam, Dendi Gustinandar, yang turun ke lokasi, untuk meninjau keadaan itu, air bah mulai surut sejak 12.00 tengah hari pada Sabtu (19 Ogos).

“Saya mendapatkan laporan sekitar jam 10.00 pagi genangan air cukup tinggi. Akan tetapi, keadaan itu tak berlangsung lama. Sekitar jam 12.00 tengah hari, air sudah mulai surut,” tegas Dendi.

Tidak hanya itu, lanjut Dendi, kegiatan di Pelabuhan Sekupang saat ini dalam keadaan aman.

Pihaknya juga sedang memeriksa punca tingginya air di kawasan tempat meletak kereta pelabuhan tersebut. “Kami sedang menentukan sebab permasalahan ini. Apakah memang kerana curah hujan atau ada masalah lainnya,” kata Encik Dendi.

Awal dari itu, hujan lebat yang disertai angin dan petir di Batam, sekitar 9.53 pagi semalam, Sabtu (19 Ogos) menyebabkan kawasan tempat meletak kereta Pelabuhan Ferry Antarabangsa Sekupang, Batam dipenuhi air.

Bahkan ketinggian air dianggarkan 80 sentimeter hingga 1 meter.
Sumber : Agensi berita/AA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita