Kawasan kediaman di San Francisco dijilat api, semua penduduk dipindahkan
Kebakaran besar bangunan berlaku di San Francisco, Amerika Syarikat.

SAN FRANCISCO: Kebakaran besar bangunan berlaku di San Francisco, Amerika Syarikat.
Ia menjejas kawasan kediaman di tingkat dua yang sudah kosong dan lima tempat perniagaan di tingkat bawah.
Jabatan Kebakaran San Francisco menyatakan pada pukul 9.30 malam semalam (17 Mac) bahawa ia berjaya menangani kebakaran tersebut.
Menurut jabatan berkenaan, tiada orang dilaporkan cedera tetapi seluruh kawasan jalan ini sudah dikosongkan.
Ketua pasukan bomba San Francisco, Hayes-White pula berkata bahawa punca kebakaran masih disiasat dan ia tidak dapat ditentukan sehingga lebih banyak bukti ditemui.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.