Kategori B40, M40, T20 akan dihapuskan mulai 2024, dedah Menteri Ekonomi M'sia
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Astro Awani/Shahir Omar)
KUALA LUMPUR: Beberapa perkara yang sedang diusahakan kerajaan Malaysia ketika ini adalah berbeza daripada pendekatan yang diambil pentadbiran terdahulu, termasuklah dalam hal membabitkan bantuan atau subsidi.
Menteri Ekonomi Malaysia, Rafizi Ramli berkata kerajaan perlu memastikan bahawa semua infrastruktur tersedia dan melakukan ujian perintis, sebelum memutuskan apakah tahap pendapatan yang layak diberikan bantuan.
Kata Encik Rafizi, kerajaan sedang cuba meminimumkan ralat pengecualian subsidi yang berlaku akibat pengkelasan kategori gaji, namun ia perlu dijalankan secara berperingkat, lapor Astro Awani.
"Di peringkat kerajaan, di pihak Majlis Tindakan Ekonomi (MTEN) contohnya, minggu ini kita sudah mula bincang simulasi, siapa yang patut dapat apa, apakah pendekatan yang akan diberikan, adakah bantuan anak sejagat, adakah akan diberi penambahan nilai pendapatan dan sebagainya."
"Semua sudah dibincangkan. Saya rasa tahun depan anda akan melihat peralihan daripada subsidi blanket dan pengkelasan T20, B40, M40, perlahan-lahan akan dihapuskan."
"Kami akan melancarkan satu demi satu, bantuan sosial yang disepadukan berdasarkan pendapatan boleh belanja bersih isi rumah," katanya.
Jelas Encik Rafizi lagi, perkara itu mampu direalisasikan dengan kerjasama pelbagai agensi menerusi perkongsian dalam Pangkalan Data Utama (PADU), sekali gus memastikan keberkesanan pelaksanaan program subsidi kerajaan seperti dinukil laporan Astro Awani.
Mei lalu, Encik Rafizi memaklumkan kerajaan akan mula melaksanakan peralihan dasar sosioekonomi daripada pendekatan berasaskan pendapatan B40, M40 dan T20 kepada berasaskan pendapatan boleh belanja bersih isi rumah, bermula Januari 2024.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke tapak Mesin Layan Diri Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), pada Rabu (14 Jun).

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.