Skip to main content

Dunia

Kate Middleton jalani rawatan kemoterapi selepas disahkan hidapi barah

Anggaran Waktu Membaca:
Kate Middleton jalani rawatan kemoterapi selepas disahkan hidapi barah

(Gambar: CNA)

Diterbitkan : 23 Mar 2024 09:50AM
LONDON: Puteri Wales, Kate Middleton, pada Jumaat (22 Mac) mengumumkan bahawa beliau sedang menjalani rawatan kemoterapi selepas disahkan menghidapi barah.

Dalam video yang dirakam di Windsor oleh BBC, Kate mendedahkan bahawa penyakitnya ditemui selepas beliau menjalani pembedahan perut pada Januari, lapor Anadolu Agency (AA).

"Berita ini sangat mengejutkan, William dan saya sudah melalukan segalanya untuk menerima dan menguruskan perkara ini secara peribadi demi kepentingan keluarga kami," katanya.

Berikutan spekulasi berminggu-minggu tentang kesihatannya, puteri itu berkata beliau dan suaminya, Putera William, memerlukan masa untuk menjelaskan keadaan tersebut kepada anak-anak mereka.

"Puteri Wales mempunyai kasih sayang dan sokongan seluruh negara sambil beliau meneruskan pemulihannya," kata Perdana Menteri Britain Rishi Sunak.

Puteri Wales, 42 tahun, dimasukkan ke London Clinic pada 16 Januari untuk menjalani pembedahan perut.

Pada awal Januari, Kensington Palace mengumumkan bahawa beliau akan berada di hospital selama 14 hari berikutan pembedahan perut yang dijadualkan.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita