Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kate Middleton buat penampilan umum pertama sejak selesai jalani rawatan kemoterapi

Anggaran Waktu Membaca:
Kate Middleton buat penampilan umum pertama sejak selesai jalani rawatan kemoterapi

(Gambar fail: Paul Grover / POOL / AFP)

WASHINGTON: Puteri Wales Kate Middleton pada Ahad membuat penampilan umum pertamanya sejak mengumumkan selesai menjalani rawatan kemoterapi, lapor United Press International (UPI).

Puteri Catherine, 42, menghadiri upacara keagamaan  bersama suaminya Putera William serta anggota keluarga diraja lain di Gereja Crathie Kirk berhampiran Istana Balmoral di Scotland.

Akhbar The Sun menyiarkan gambar beliau tersenyum ketika duduk di tempat duduk penumpang dalam kereta yang dipandu Putera William.

Beliau memakai topi berwarna hijau gelap dengan bulu di tepinya dan mengenakan kot bercorak tartan berwarna coklat.

Awal bulan ini, Kate berkata beliau berasa lega untuk menyelesaikan rawatan kemoterapi, yang diumumkan pada Mac, ketika beliau juga mendedahkan diagnosis kansernya.

Pada Selasa, dilaporkan bahawa puteri itu telah kembali bertugas.
Sumber : Agensi berita/IM/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan