Kata-kata Tun M yang mencuit hati sepanjang PRU14 dikongsi netizen
Individu yang paling disebut-sebut rakyat sepanjang berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-14, sudah tentulah Perdana Menteri ketujuh Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.
KUALA LUMPUR: Individu yang paling disebut-sebut rakyat sepanjang berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-14, sudah tentulah Perdana Menteri ketujuh Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, menurut Astro AWANI.
Lebih menarik lagi, kata-kata Dr Mahathir yang mencuit hati dan sangat bermakna dimuat naik netizen ke media sosial.
Seorang pengguna, Ruhil Rosly, menulis di Twitter bahawa kata-kata Dr Mahathir membuatnya gelak ketawa dengan merujuk kepada petikan yang berbunyi: “Semuanya mengambil masa. Jawab soalan anda pun mengambil masa.”
"Everything takes time. Even answering you takes time." - Tun M.
— Ruhil Rosly (@ruhilrosly) May 10, 2018
Hahaha. His every answer gave me laugh #malaysiamemilih2018
Suhaili Othman pula mengimbas kembali respons pemimpin yang berusia 93 tahun itu apabila orang ramai bersorak “Hidup Tun!” di mana beliau berkata “Ye, ye saya masih hidup.”
Crowd : HIDUP TUN!
— Shamaine Othman ✊ (@shamaineothman) May 9, 2018
Tun M : Yes yes I’m still alive.
HAHAHAHAHHAHA LEGEND! #pru14 #ge14 #malaysiamemilih
Issa Tea turut memetik kata-kata lucu Dr Mahathir selepas memenangi PRU14 dalam catatan Twitternya. Pengguna media sosial itu menulis: “*Tun M angkat bahu.* “Muka saya tak haram lagi. Anda tidak perlu koyakkan muka saya.”
*Tun M cutely shrugged his shoulders* “My face is no longer haram. You don't have to tear off my face.” pic.twitter.com/I6VnDRicoZ
— issa tea (@IzzatiTaufek) May 10, 2018
Hakikatnya, Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh itu adalah sosok yang tidak asing lagi kepada rakyat, lapor Astro AWANI.
Sejak dahulu lagi, petikan kata-katanya ketika menjadi Perdana Menteri keempat dari tahun 1981 hingga 2003, sering digunakan rakyat dalam membawa mesej kenegaraan.
Sejak PRU14 bermula, kelantangannya menjawab soalan media dan memberi ceramah menjadi bahan perbualan baru dan 'punchline' baru yang membanggakan rakyat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.