Kastam M'sia gagalkan penyeludupan rokok di Pelabuhan Johor
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Bernama)
ISKANDAR PUTERI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor mengesan taktik baru sindiket penyeludupan rokok yang menggunakan kontena diubah suai susulan rampasan rokok putih bernilai RM428,000 (S$130,400)menerusi pemeriksaan di Pelabuhan Johor, 9 Disember lalu.
Pengarahnya Mishabudin Parmin berkata rokok seberat 342.4 kilogram itu dijumpai di dalam satu ruangan khas lantai sebuah kontena dan ia dipercayai diseludup terlebih dahulu dari negara lain termasuk Malaysia sebelum dihantar ke Australia.
Beliau berkata penyeludupan rokok dengan menggunakan kontena diubah suai merupakan taktik baru memandangkan modus operandi seumpama itu antara taktik digunakan untuk menyeludup dadah.
“Hasil pemeriksaan rapi ke atas kontena 40 kaki (12.19 meter) tersebut bersama ejen penghantaran dan wakil syarikat menemukan sejumlah rokok putih yang disembunyikan di ruang khas lantai kontena yang diubah suai bersama 20 palet tisu."
“Rokok putih itu diseludup masuk ke Malaysia dan disimpan sementara sebelum dieksport. Kita tidak dapat kenal pasti lokasi sebenar rokok-rokok ini diseludup dan sedang jalankan siasatan,” katanya pada sidang media pada Khamis (29 Dis).
Beliau berkata susulan penemuan itu, seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967.
Dalam kes berlainan, Misbahudin berkata pihaknya menyita enam kontena berisi besi skrap bernilai RM380,000 (S$116,000) dipercayai cuba diseludup ke negara Asia Timur di Pelabuhan Klang, Selangor.
Beliau berkata ia kejayaan hasil maklumat dan risikan sepasukan anggota Bahagian Penguatkuasaan Sungai Pulai dibantu pihak berkuasa zon bebas pelabuhan pada 5 Disember lalu.
“Hasil pemeriksaan ke atas dokumen pengikraran borang kastam mendapati dagangan diikrar sebagai bahan tembaga namun pemeriksaan rapi mendapati kontena mengandungi besi skrap itu tidak mempunyai permit eksport yang sah," katanya dan menambah kes disiasat mengikut Seksyen 133 (1) (a) dan Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.