Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kastam M'sia rampas dadah bernilai RM71 juta

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan percubaan menyeludup 1,186 kilogram dadah jenis methamphetamine bernilai RM71 juta (S$24 juta) di sebuah pasar raya di Seri Kembangan, Selangor, Selasa lalu (22 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 May 2018 02:49PM Dikemas Kini : 28 May 2018 08:58PM

SEREMBAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan percubaan menyeludup 1,186 kilogram dadah jenis methamphetamine bernilai RM71 juta (S$24 juta) di sebuah pasar raya di Seri Kembangan, Selangor, Selasa lalu (22 Mei).

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri T. Subromaniam berkata, seramai lima lelaki berusia 22 hingga 48 tahun terdiri daripada tiga warga Myanmar dan dua rakyat tempatan turut ditahan di lokasi berkenaan, lapor Utusan Online.

Kata beliau, hasil pemeriksaan di premis itu menemukan sebuah kontena yang mengandungi 40 kotak berbalut guni putih disyaki dadah yang diikrarkan sebagai makanan dan dihantar dari Yangon, Myanmar melalui kargo laut di Pelabuhan Klang, Selangor.

“Turut dirampas 750 gram serbuk putih disyaki dadah jenis heroin yang dianggarkan bernilai RM120,000 (S$40,350).

“Hasil soal siasat telah membawa kepada penahanan seorang lagi suspek iaitu wanita berusia 31 tahun yang merupakan pengarah syarikat pasar raya dalam satu serbuan di Cheras,” kata beliau hari ini (28 Mei).

Mengulas lanjut, Utusan Online melaporkan bahawa Datuk Seri Subromaniam berkata, kesemua suspek direman selama 10 hari bermula 23 Mei lalu mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dengan rotan sehingga 15 sebatan jika sabit kesalahan. 

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan