Kastam Johor tutup sebilangan kaunter zon bas, laluan automatik bermula 15 Dis
Barisan panjang di dewan ketibaan bagi penumpang bas di Bangunan Sultan Iskandar di Johor Bahru, Malaysia pada 21 Okt 2022. (Gambar fail: Facebook/UKK BSI)
Kerja-kerja peningkatan di Bangunan Sultan Iskandar - Kompleks Kastam, Immigresen dan Kuarantin (CIQ) di Johor - dijangka selesai pada 15 Januari 2024, menurut unit perhubungan CIQ menerusi catatan Facebooknya pada Selasa.
Kaunter Kad Ketibaan Digital Malaysia (MDAC) akan turut terjejas sepanjang tempoh ini.
Para pelancong yang layak dan ingin menggunakan laluan automatik di pusat pemeriksaan pula perlu mendaftar cap jari masing-masing di kaunter-kaunter MDAC semasa melakukan lawatan pertama. Mereka boleh menggunakan laluan automatik bagi lawatan-lawatan seterusnya.
Para pengunjung dinasihatkan supaya mempertimbangkan tentang semua penutupan itu apabila mengatur rancangan melancong.
Kesesakan trafik juga dijangkakan sepanjang tempoh cuti sekolah Singapura dari 16 November hingga 2 Januari, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) sebelum ini.
MDAC diperkenalkan pada Januari sebagai satu prasyarat untuk membolehkan para pemegang pasport Singapura menggunakan laluan automatik apabila masuk atau keluar Malaysia.
Jabatan Imigresen Malaysia menyatakan bahawa bermula 1 Disember, kad ketibaan digital adalah wajib bagi semua warga asing.
Sungguhpun demikian, pada minggu lalu, Menteri Dalam Negeri Malaysia Saifuddin Nasution Ismail berkata rakyat Singapura yang melancong ke Malaysia tidak perlu menyerahkan MDAC.
Ini mencetuskan kekeliruan, dengan ada yang bertanya jika MDAC masih diwajibkan bagi kemasukan melalui kaunter-kaunter manual dan laluan automatik.
Awal bulan ini, gangguan elektrik menjejas operasi pusat pemeriksaan darat Johor Bahru selama berjam-jam lamanya. Ini menyebabkan barisan memanjang dan berlaku kesesakan trafik di Koswe.
Gambar-gambar dan video di media sosial menunjukkan barisan panjang di dewan keberangkatan bangunan pusat pemeriksaan, dengan ramai menunggu dalam keadaan gelap.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.