Skip to main content

Dunia

Kastam Johor tumpaskan sindiket edar ganja guna bekas biskut raya

Anggaran Waktu Membaca:

JOHOR BAHRU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor berjaya mematahkan sindiket pengedaran ganja menggunakan taktik menyimpan bahan itu dalam bekas biskut raya dan kacang menyusuli serbuan dijalankan di bandar raya itu pada 11 April lalu.

Pengarah Kastam Johor Misbahudin Parmin berkata dua lelaki Malaysia berusia 27 dan 29 tahun turut ditahan di sekitar bandar raya itu pada sekitar pukul 12.05 tengah hari dan dipercayai terlibat dalam sindiket berkenaan.

Beliau berkata ganja terbabit yang dipercayai diedar menggunakan khidmat 'courier' ke Sarawak, berjaya dirampas menerusi serbuan di sebuah premis syarikat penghantaran dan sebuah rumah di Johor Bahru pada hari yang sama.

“Sebanyak sembilan bungkusan dirampas dalam serbuan di syarikat penghantaran itu yang mengandungi 10 ketulan mampat disyaki ganja. Ia disembunyikan dalam bekas lutsinar mengandungi biskut raya dan kacang.

“Manakala di sebuah rumah pula, kita menemukan beberapa ketulan tumbuhan mampat dan tidak mampat dipercayai ganja, dengan keseluruhan rampasan ganja adalah sebanyak 24 kilogram di kedua-dua lokasi,” katanya semasa sidang media pada Isnin (22 Mei). 

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita