Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kastam Johor tumpaskan percubaan seludup rokok, keretek lebih RM5.8 juta

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor berjaya menggagalkan percubaan seludup rokok dan keretek bernilai lebih RM5.8 juta (S$1.90 juta) di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Sultan Abu Bakar.

Anggaran Waktu Membaca:
Kastam Johor tumpaskan percubaan seludup rokok, keretek lebih RM5.8 juta

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 25 Dec 2019 08:17AM Dikemas Kini : 25 Dec 2019 08:21AM

ISKANDAR PUTERI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor berjaya menggagalkan percubaan seludup rokok dan keretek bernilai lebih RM5.8 juta (S$1.90 juta) di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Sultan Abu Bakar, pada 15 dan 23 Disember.

Pengarahnya Mohammad Hamiddan Maryani berkata dalam kes pertama di PTP, rokok itu dikesan disembunyikan dalam sebuah kontena semasa pemeriksaan dijalankan dalam sebuah kapal dari China pada kira-kira 10.00 pagi, 15 Dis lalu.

“Kapal berkenaan mengikrar membawa muatan perabot ke Senai, namun, selepas pemeriksaan, didapati terdapat satu kontena berukuran 40 kaki diisi dengan muatan rokok putih,” katanya kepada pemberita pada Selasa (24 Dis).

Beliau berkata kesemua rokok itu yang dianggarkan bernilai RM4.12 juta (S$1.35 juta) dan duti kastam bernilai RM7.21 juta (S$2.36) dipercayai untuk dipasarkan dalam negara.

Menurut Encik Mohammad Hamiddan, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berumur 44 tahun yang merupakan ejen pengimport untuk membantu siasatan kes itu.

Sementara itu, katanya menerusi penahanan terhadap sebuah lori di Bay Pemeriksaan Cawangan Eksport Kompleks Sultan Abu Bakar, kira-kira 7.00 pagi semalam, pihak kastam merampas 300 kotak berisi rokok putih dan keretek di KIK Sultan Abu Bakar.

Beliau berkata kesemua rokok itu dikesan semasa anggota kastam memeriksa lapan palet yang diikrar membawa polister, namun, didapati hanya dua palet membawa barang yang diisytiharkan itu manakala enam yang lain berisi rokok berkenaan.

Encik Mohammad Hamiddan berkata keretek yang dianggarkan bernilai RM924,000 (S$302,000) dan rokok bernilai RM238,200 (S$77,930) itu dipercayai cuba diseludup ke Singapura.

Kastam turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 68 tahun yang merupakan pemandu lori untuk membantu siasatan.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan