Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kastam Johor sangkal dakwaan kakitangan imigresen tidak cekap

Anggaran Waktu Membaca:
ISKANDAR PUTERI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor menafikan dakwaan bahawa kakitangannya tidak cekap dalam menjalankan tugas di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Johor Bahru baru-baru ini. 

Pengarahnya Misbahudin Parmin berkata setakat ini tiada aduan diterima pegawai penguat kuasa jabatan itu membabitkan kejadian yang berlaku pada Jumaat (28 Apr) lepas, seperti yang tular di media sosial. 

Beliau berkata siasatan sudah dijalankan dan video tular itu didapati merujuk kepada kaunter Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang bertindak melakukan pemeriksaan pasport sebelum ke kawasan pemeriksaan barang JKDM. 

“Merujuk kepada satu video tular melalui sebuah aplikasi perkongsian video yang ditujukan kepada pegawai kastam di KSAB, kejadian itu didapati berlaku di Bus Terminal Import di kompleks berkenaan."

"Bagaimanapun, JKDM dan JIM merupakan dua organisasi signifikan khususnya dalam mengawasi pintu keluar dan masuk negara, namun peranan utama dan tugasan kedua-dua agensi penguatkuasaan ini adalah berbeza," katanya menerusi kenyataan pada Selasa (2 Mac).

Justeru, orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan di media sosial dan mendapatkan maklumat terkini berkaitan JKDM dengan melayari laman web www.customs.gov.my. 

Terdahulu, tular video sepanjang 18 saat di aplikasi TikTok yang memaparkan berlaku kesesakan di CIQ KSAB berserta kapsyen yang mempersoalkan kapasiti petugas kastam di kaunter. 
 
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan