Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kastam Johor patahkan cubaan seludup mercun, rokok bernilai lebih RM8.9 juta

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri berjaya mematahkan dua percubaan menyeludup mercun dan rokok putih yang dianggarkan hampir RM9 juta (S$2.95 juta) termasuk cukai di dua lokasi berasingan.

Anggaran Waktu Membaca:
Kastam Johor patahkan cubaan seludup mercun, rokok bernilai lebih RM8.9 juta

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 13 Nov 2019 05:11PM Dikemas Kini : 13 Nov 2019 05:15PM

JOHOR BAHRU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri berjaya mematahkan dua percubaan menyeludup mercun dan rokok putih yang dianggarkan hampir RM9 juta (S$2.95 juta) termasuk cukai di dua lokasi berasingan.

Pengarahnya Encik Mohammad Hamidan Maryani berkata serbuan pertama dilakukan pada 31 Oktober lalu pada pukul 11.30 pagi di Bay Pemeriksaan Kastam Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah oleh unit Operasi Penguatkuasaan Kastam Johor Bahru bersama wakil syarikat perkapalan hasil makluman daripada orang awam.

Katanya, aduan diterima daripada syarikat perkapalan yang mengesyaki terdapat sebuah kontena berisi barangan berbahaya yang mudah terbakar dan pihak perkapalan enggan membawa kontena tersebut ke destinasi yang ditetapkan kerana akan mendatangkan risiko keselamatan di atas kapal.

"Hasil pemeriksaan ke atas kontena mendapati terdapat satu komoditi barang iaitu mercun dan kita merampas sebanyak 24,562.80 kilogram mercun bersamaan 1,250 karton.

Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum di bawah Seksyen 135(iii) (aa).

Dalam serbuan kedua pada 4 November pula, Encik Mohammad Hamidan berkata pada pukul 4.30 petang, pihaknya bertindak menahan dan memeriksa sebuah kontena di Customs Examination Area (CEA), Pelabuhan Pasir Gudang yang mana pihaknya mendapati pengisytiharan manifes mencurigakan.

Katanya, hasil pemeriksaan yang disaksikan bersama wakil Johor Port Bhd, mereka mendapati kontena tersebut berisi komoditi barang larangan iaitu rokok putih.

"Pemeriksaan terperinci mendapati kontena tersebut mengandungi 10.5 juta batang rokok putih berjenama John (merah) dan John White.

"Kesemua barang yang dirampas dianggarkan bernilai RM1.41 juta (S$462,000) dengan cukai terlibat iaitu sebanyak RM6.696 juta (S$2.2 juta). Kontena serta komoditi tersebut sudah dibawa ke pejabat Kastam untuk siasatan lanjut," katanya lagi.

Beliau berkata kes tersebut disiasat mengikut bawah Akta Kastam 1967 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 135(1) (v) (aa).

Katanya, kesemua komoditi mercun dan rokok yang dirampas dipercayai adalah dari negara China untuk pasaran tempatan.

Bagaimanapun, dalam dua operasi berkenaan, tidak ada sebarang pemberkasan dilakukan.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan