Kastam Johor gagalkan cubaan seludup 3,000 liter air zam zam ke Singapura
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor merampas 600 botol dipercayai berisi air zam-zam yang disyaki cuba diseludup keluar ke negara jiran hasil pemeriksaan terhadap sebuah lori di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah pada 30 Dis lepas.
(Gambar: Agensi berita)
JOHOR BAHRU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor merampas 600 botol dipercayai berisi air zam-zam yang disyaki cuba diseludup keluar ke negara jiran hasil pemeriksaan terhadap sebuah lori di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah pada 30 Dis lepas.
Pengarahnya Sazali Mohamad berkata lori dipandu lelaki tempatan berusia 30 tahun dan kelindan 21 tahun itu dipercayai dalam perjalanan membawa air sebanyak 3,000 liter itu yang dianggarkan bernilai RM66,000 (S$21,000)ke Singapura pada pukul 3.45 petang.
"Modus operandi kes ini adalah dengan membuat pengikraran tidak benar terhadap pengeksportan air zam-zam di dalam borang kastam," katanya pada satu sidang media, pada Ahad (9 Jan).
"Lori tersebut juga didapati membawa dagangan lain peralatan mandian, minyak urut, peralatan sembahyang dan lain-lain dagangan untuk dieksport ke negara jiran,” katanya.
Beliau berkata pihaknya juga pada masa sama telah menghantar sampel air zam zam terbabit ke Jabatan Kimia pada 2 Jan lepas bagi mengetahui ketulenannya dan akan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan lanjut sekiranya tulen.
Encik Sazali berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 133(1)(a) dan Seksyen 135(1)(g) Akta Kastam 1967.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.