Kasino di Forest City fitnah liar, keterlaluan, kata Menteri Besar Johor
Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi. (Gambar fail: Pejabat Menteri Besar Johor)
ISKANDAR PUTERI: Dakwaan yang dilemparkan kononnya Forest City diberi kelulusan untuk pembangunan kasino merupakan fitnah liar dan tidak benar, tegas Encik Onn Hafiz Ghazi.
Menurut Menteri Besar Johor itu, dakwaan berkenaan tidak lain sekadar mencetus persepsi jahat bagi menggagalkan pembangunan Forest City yang akan dibangunkan sebagai Zon Kewangan Khas (SFZ).
"Ia tak ubah umpama bau busuk tidak berbangkai atau rantai besi dimakan bubuk… fitnah yang tak masuk akal sama sekali melainkan hanya unsurkan niat jahat utk mencemar imej Forest City dan Johor secara berterusan," tegas Encik Onn Hafiz, dipetik daripada agensi berita Astro Awani.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan semasa Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, pada Isnin (13 Mei).
Jelas Encik Onn Hafiz, tindakan melemparkan fitnah itu juga seolah mengulangi persepsi negatif menggagalkan pembangunan Forest City yang pernah dilakukan pihak tertentu pada 2018, menurut Astro Awani.
Sehubungan itu, beliau menitipkan nasihat kepada pihak-pihak tidak bertanggungjawab agar berhenti daripada menabur fitnah.
"Ini adalah masa terbaik untuk kita kembali membangunkan Forest City dengan sokongan padu kerajaan Persekutuan di bawah Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim.
"Ia (Forest City) akan beri manfaat langsung dan tak langsung kepada Bangsa Johor dan Malaysia," kata Encik Onn Hafiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, lapor Astro Awani.
Dalam masa sama, Menteri Besar Johor itu mengajak semua pihak menyokong usaha kerajaan Persekutuan untuk membangunkan Forest City.
Sebelum ini, ADUN Johor Jaya, Liow Cai Tung bertanya kesahihan laporan berita media antarabangsa mengenai kelulusan pembangunan pusat kasino di Forest City yang diberikan kerajaan negeri.
Pada 25 April lalu, Perdana Menteri Anwar menafikan kerajaan akan meluluskan pembinaan kasino berlesen di Forest City.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.