Kasih sayang Dr Mahathir, isteri inspirasi patung lego
Lego memang sangat dikenali. Ramai dalam kalangan kami yang bermain Lego sejak keci lagi dan ada pula yang mengumpul Lego walaupun sudah dewasa.
(Gambar: Vincent Kiew/ Facebook)
KUALA LUMPUR: Lego memang sangat dikenali. Ramai dalam kalangan kami yang bermain Lego sejak keci lagi dan ada pula yang mengumpul Lego walaupun sudah dewasa.
Ia salah satunya mainan yang boleh dinikmati tidak kira usia. Pengumpul Lego seperti Encik Vincent Kiew misalnya, membawa minatnya itu ke peringkat nasional.
Baru-baru ini, penggemar Lego yang tinggal di Kuala Lumpur itu berkongsi gambar-gambar Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Dr Siti Hasmah yang diperbuat daripada Lego, di media sosial.
Bagi Encik Vincent Kiew, tiada yang lebih romantik daripada kasih sayang antara pemimpin negara itu dengan isterinya.
Dalam pada itu, beliau juga kagum dengan Dr Mahathir yang kembali ke dunia politik dan memimpin pihak pembangkang pada ketika itu, untuk menewaskan Barisan Nasional.
"Sering terdapat berbagai-bagai kisah yang menyentuh jiwa dari pengalaman hidup warga emas. Kisah cinta Tun M dan Tun Dr Siti mempengaruhi kami untuk hargai dan sayangi pasangan kami.
"Saya bertekad mahu menjaga kesihatan dan mengharungi cabaran hidup. Tun M juga mengubah pandangan setiap rakyat Malaysia dengan memberi kami harapan bagi masa depan yang lebih cerah," demikian bunyi catatan Facebook Encik Kiew.
Versi lego Dr Mahathir itu mengenakan sut kelabu yang sering dipakainya bersama isteri tersayang dengan pakaian merah jambu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.