Skip to main content

Dunia

Karachi bandar paling tercemar di dunia

Anggaran Waktu Membaca:
Karachi bandar paling tercemar di dunia

Gambar hiasan: iStock

Diterbitkan : 20 Nov 2023 08:05AM Dikemas Kini : 20 Nov 2023 08:07AM
ISLAMABAD: Karachi, bandar terbesar di Pakistan mendahului senarai bandar paling tercemar di dunia dengan pihak berkuasa tidak berdaya untuk mengekang pencemaran, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Mutu udara bandar pelabuhan itu mencatatkan paras 227, menjadikannya bandar paling tercemar di dunia pada Ahad (19 Nov), menurut badan pemikir alam sekitar global IQAir.

Sementara itu, Lahore bandar kedua terbesar di negara itu menduduki tempat ketiga.

Pemerintah wilayah Punjab mewajibkan penduduk di 10 daerah yang dilanda kabus asap memakai pelitup selama seminggu.

"Utamakan kesihatan merupakan tanggungjawab kita bersama. Sila patuhi garis panduan untuk kehidupan masyarakat yang lebih selamat," kata Ketua Menteri Punjab Mohsin Naqvi di laman X.

Pada Sabtu, sekatan pergerakan dikuatkuasakan di daerah yang terjejas untuk menangani peningkatan tahap pencemaran udara dengan mengurangkan pelepasan karbon oleh industri dan pengangkutan.

Institusi pendidikan dan pejabat juga ditutup.

Kabus asap menyelubungi sekurang-kurangnya 10 daerah di wilayah Punjab, termasuk ibu kotanya Lahore yang mempunyai lebih 11 juta penduduk.

Pihak berkuasa Pakistan menyalahkan pelepasan karbon oleh industri, dengan asap dari tanur bata dan kenderaan, pembakaran sisa tanaman dan sisa am sebagai punca pencemaran udara dan kabus asap di Lahore.

Pakistan bertanggungjawab ke atas kurang daripada satu peratus pelepasan karbon global, namun merupakan antara 10 negara teratas paling terdedah kepada perubahan iklim.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita