Kapten pasukan bola sepak Thai diselamatkan dari gua ragut nyawa sendiri di sekolah Britain
Duangpetch Promthep merupakan kapten pasukan bola sepak Thai "Wild Boars", yang diselamatkan dari sebuah gua yang dinaiki air banjir pada 2018. (Gambar: Facebook/Supatpong Methigo)
BANGKOK: Kapten pasukan bola sepak junior Thai, yang diselamatkan dari sebuah gua yang dinaiki air banjir pada 2018, mengambil nyawanya sendiri di sebuah sekolah di Britain pada awal tahun ini, menurut koroner.
Duangpetch "Dom" Promthep berusia 17 tahun ketika beliau meninggal dunia pada Februari lalu.
Duangpetch ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di bilik dormitori asramanya pada 12 Feb dan meninggal dunia di hospital dua hari kemudian. Remaja itu merupakan pelajar di Akademi Bola Sepak Kolej Brooke House, Leicestershire.
Media Britain melaporkan pada Jumaat (28 Okt) bahawa menyusuli siasatan yang dijalankan ke atas kematiannya, Profesor Catherine Mason, koroner kanan bagi bandar Leicester dan selatan Leicestershire, menentukan bahawa ia adalah satu percubaan membunuh diri.
"Encik Promthep tidak diketahui oleh khidmat kesihatan mental, dan tidak diketahui juga sebab mengapa beliau bertindak sedemikian. Ia tidak boleh diramalkan atau dicegah," jelas koroner kanan itu, seperti dipetik BBC.
"Siasatan polis mendapati terdapat tiada bukti (yang menunjukkan) penglibatan pihak ketiga atau keadaan yang mencurigakan."
Duangpetch dan pasukan bola sepak Wild Boars mendapat perhatian ramai pada 2018 apabila beliau serta rakan-rakan sepasukannya terperangkap di dalam Gua Tham Luang di Chiang Rai, utara Thailand.
Beribu-ribu sukarelawan, pegawai, penyelam dan pakar dari merata dunia terlibat sama dalam menjalankan operasi mencari dan menyelamat.
Kesemua 23 mereka serta jurulatih berada di bawah tanah selama 17 hari sebelum ditemui sebilangan penyelam warga Britain.
Anda boleh dapatkan bantuan di:
Talian Samaritans of Singapore:
1767
Talian Institut Kesihatan Mental (IMH):
6389 2222
Talian Bantuan Kesatuan Kesihatan Mental Singapura: 1800 283 7019
Anda juga boleh mendapatkan senarai talian bantuan di pautan ini.
Jika anda mengetahui sesiapa yang memerlukan bantuan segera, hubungi talian khidmat kecemasan 24 jam.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.