Kapten juruterbang Air India diuji positif ganja: Laporan
Sebuah pesawat Air India Airbus A350 dipamerkan di acara penerbangan Wings India 2024 di Lapangan Terbang Begumpet, Hyderabad, India, pada 18 Januari 2024. (Gambar: Reuters/Almaas Masood)
- Kapten penerbangan Air India dari Phuket ke Delhi didapati positif ganja selepas pesawat menjunam 300 kaki secara tiba-tiba minggu lalu.
- Insiden berlaku di ruang udara Odisha, India, menyebabkan 13 penumpang dan empat kru cedera, namun pesawat mendarat selamat di Delhi.
- Kementerian Penerbangan Awam India memanggil Ketua Pegawai Eksekutif Air India dan membuka siasatan berikutan kejadian tersebut.
- Air India, yang majoritinya dimiliki Tata Group dan sebahagiannya SIA, belum menerima maklumat rasmi mengenai keputusan ujian kapten itu.
Reuters tidak dapat mengesahkan laporan itu dengan segera. Air India juga tidak segera menjawab permintaan untuk memberikan komen.
Pada awal hari yang sama, Kementerian Penerbangan Awam India memanggil Ketua Pegawai Eksekutif Air India, Encik Campbell Wilson, berhubung insiden itu yang melibatkan pesawat Airbus A320neo. Pihak kementerian itu tidak menjawab permintaan untuk mendapatkan komen.
Arahan itu dibuat beberapa hari selepas pihak berkuasa India membuka siasatan terhadap insiden tersebut, yang menyebabkan 13 penumpang dan empat anggota kru cedera.
Sebelum itu pemerintah menyatakan, penerbangan dari bandar pelancongan Thailand tersebut mengalami “perubahan ketinggian seketika” apabila terbang di ruang udara wilayah Odisha di timur India
Pesawat yang membawa 137 penumpang dan lapan anggota kru itu kemudian mendarat dengan selamat di Delhi.
Pada Ahad, Kementerian Penerbangan Awam menyatakan saringan awal kapten tersebut bagi bahan psikoaktif menunjukkan keputusan yang memerlukan ujian pengesahan di makmal.
Menurut Air India, pihaknya belum dimaklumkan mengenai keputusan tersebut. Syarikat penerbangan itu majoritinya dimiliki Tata Group, manakala Singapore Airlines memegang sekitar 25 peratus taruhan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.