Kapsul Orion selesai misi kelilingi bulan; dalam perjalanan pulang ke Bumi
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Twitter/@NASA_Orion)
FLORIDA: Kapsul Orion sedang dalam perjalanan pulang ke Bumi setelah mengeliling Bulan dalam satu penerbangan ujian selama tiga minggu di Artemis 1.
Hanya tinggal satu perhentian terakhir dan misi itu tercapai bagi kapal angkasa paling berkuasa NASA.
Orion berlepas dari Florida pada 16 November lalu dalam penerbangan sulung roket mega Sistem Pelancaran Angkasa Lepas (SLS) NASA.
Sembilan hari kemudiannya, ia mencipta sejarah dengan melakukan perjalanan 270,000 batu menjangkaui Bumi iaitu jarak paling jauh dicatatkan mana-mana kapal angkasa yang direka untuk membawa manusia.
Pada titik terdekatnya, kapsul yang tiada anak kapal itu berada pada jarak 128 kilometer dari permukaan Bulan.
Ia juga terbang di atas beberapa tapak pendaratan pelbagai misi Apollo, yang pernah menjadi tempat pendaratan manusia di Bulan separuh abad yang lalu.
Orion dijangka mendarat di Lautan Pasifik pada Ahad (11 Dis).
Kejayaan misi tersebut dijangka membuka jalan bagi potensi manusia kembali ke permukaan bulan.

Sumber : AGENCIES/LL/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.