Kapal UAE bawa 7,300 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza tiba di Mesir
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
DUBAI: Sebuah kapal Amiriah Arab Bersatu (UAE) yang membawa 7,300 tan bantuan kemanusiaan untuk Semenanjung Gaza tiba di Pelabuhan El Arish, Mesir, lapor agensi berita Sputnik/RIA Novosti yang menukil kenyataan Kementerian Pertahanan UAE.
"Kapal berkenaan membawa pelbagai bekalan kemanusiaan berjumlah lebih 7,300 tan, termasuk makanan keperluan, tempat perlindungan sementara, pakaian musim sejuk, serta makanan tambahan untuk wanita dan kanak-kanak bagi memenuhi keperluan kemanusiaan yang mendesak di Semenanjung Gaza," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan di platform X.
Kapal itu bertolak dari Pelabuhan Khalifa di Abu Dhabi pada 19 Disember. Menurut kenyataan itu lagi, kargo berkenaan disediakan secara bersama oleh beberapa organisasi kemanusiaan dan kebajikan Amiriah.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.