Skip to main content

Dunia

Kapal terbalik: Tumpahan minyak belum merebak ke perairan Perak

Tumpahan minyak diesel kapal muatan ikan yang terbalik belum merebak ke perairan utara Perak

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 27 Jul 2018 07:19PM Dikemas Kini : 27 Jul 2018 09:20PM

IPOH: Tumpahan minyak diesel daripada sebuah kapal muatan ikan yang terbalik di perairan Pulau Pinang awal Khamis (26 Jul) terkawal dan belum merebak ke perairan utara Perak.

Sehingga enam tan diesel dan ratusan liter minyak enjin terapung di laut dekat Pulau Pinang ke arah Perak.

Sebuah bot nelayan komersil dari Hong Kong terbalik selepas ia bertembung dengan kapal karam empat kilometer dari pantai selatan Pulau Pinang pada pagi semalam.

Kapten kapal itu berkata suasana gelap, berkabut dan laut bergelora, menyebabkan beliau terlepas pelambung yang memberi isyarat tentang adanya bangkai kapal itu.

Tumpahan minyak merebak dari kapal yang terbalik.

Kejadian itu mengancam hidup-hidupan laut serta persekitaran pantai di utara Perak.

Ketua Menteri Perak berkata negeri itu dalam keadaan berjaga-jaga tinggi. 

Sumber : CNA/NU/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita