Skip to main content

Dunia

Kapal tangki Iran yang terbakar di Laut China Timur sudah karam

Sebuah kapal tangki minyak Iran yang hanyut di zon ekonomi eksklusif Jepun selepas satu pertembungan pada 6 Januari kini sudah karam.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 14 Jan 2018 10:01PM Dikemas Kini : 14 Jan 2018 10:39PM

BEIJING: Sebuah kapal tangki minyak Iran yang hanyut di zon ekonomi eksklusif Jepun selepas satu pertembungan pada 6 Januari kini sudah karam.

Demikian menurut stesen televisyen China hari ini (14 Jan).

Kapal tangki itu, yang diberi nama Sanchi dan sudah hanyut dan terbakar selama lebih seminggu menyusuli pertembungan dengan sebuah lagi kapal di Laut China Timur, "tiba-tiba meletup" sekitar tengah hari, lapor Televisyen China Central.

Seorang pegawai Iran menyatakan awal hari ini bahawa tidak mungkin ada anak kapal yang selamat.

"Tiada harapan untuk menjumpai anak kapal yang selamat," kata Mohammad Rastad, seorang jurucakap bagi pasukan menyelamat Iran yang dikerahkan ke Shanghai, sambil menambah dua pertiga kapal tangki Iran itu kini sudah tenggelam.

Sanchi, yang membawa 136,000 tan minyak mentah dari Iran, sudah terbakar sejak ia bertembung dengan CF Crystal, iaitu sebuah kapal besar yang berdaftar di Hong Kong, 160 batu nautika dari timur Shanghai pada 6 Januari lalu.

Masih belum jelas sama ada terdapat kebocoran minyak yang banyak ke dalam laut.

Menurut Encik Mohammad Rastad maklumat dari anak kapal CF Crystal menyatakan semua kakitangan Sanchi terbunuh dalam tempoh sejam pertama kemalangan "disebabkan letupan dan gas".

"Meskipun kami sudah berusaha, tidak mungkin untuk memadamkan kebakaran itu dan menjumpai mayat-mayat disebabkan letupan berulang kali dan kebocoran gas," kata beliau.

"Dua pertiga kapal tangki itu sudah tenggelam dan kebakaran merebak ke keseluruhan kapal dan kami tidak boleh menghampirinya," tambah beliau.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita