Skip to main content

Dunia

Kapal Rusia diserang dron Ukraine dekat jambatan Crimea

Anggaran Waktu Membaca:
KYIV: Sebuah kapal Rusia yang membawa bahan api diserang oleh dron Ukraine.

Ia disifatkan sebagai serangan pertama ke atas sebuah kapal tangki komersial sejak Mosko menarik diri daripada perjanjian melindungi kapal awam di Laut Hitam.

Kapal itu diserang di Selat Kerch antara Rusia dan Semenanjung Crimea.

Pergerakan trafik di jalan raya dan khidmat kereta api digantung buat seketika di kawasan tersebut.

Kapal tangki minyak itu mengalami kerosakan dan kehilangan kuasa enjinnya.

Mujur, tiada tumpahan minyak di kawasan tersebut.

Sebahagian daripada 11 anak kapal dilaporkan cedera akibat terkena pecahan kaca.

Dua bot tunda telah dikerahkan ke tempat kejadian untuk menghulurkan bantuan.

Kapal tangki tersebut dilaporkan dikenakan sekatan-sekatan oleh Amerika Syarikat kerana telah membekalkan bahan api pesawat kepada tentera Rusia di Syria.
Sumber : AGENCIES/SE/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita