Kapal pertama bawa muatan bijirin berlepas dari pelabuhan Odesa, Ukraine
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Oleksandr Gimanov/AFP)
ISTANBUL: Pelabuhan Odesa pada Isnin (1 Ogos) menyaksikan kapal pertama yang sarat dengan bijirin berlepas dari pelabuhan itu, seperti dalam perjanjian eksport bijirin yang ditandatangani antara Turki, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Rusia dan Ukraine baru-baru ini.
Sarat dengan jagung, kapal kargo kering Razoni yang berdaftar di Sierra Leone meninggalkan Odesa pada pukul 8.30 pagi waktu tempatan (0530GMT), seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak dalam perjanjian itu, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Kementerian Pertahanan Turki.
Turki, PBB, Rusia dan Ukraine menandatangani perjanjian pada 22 Julai untuk membuka semula tiga pelabuhan Ukraine -- Odesa, Chernomorsk dan Yuzhny -- untuk penghantaran bijirin yang tertangguh di pelabuhan itu selama berbulan-bulan berikutan perang Rusia-Ukraine yang berterusan dan kini memasuki bulan keenam.
Bagi menyelia eksport bijirin Ukraine, pusat penyelarasan bersama di Istanbul dibuka secara rasmi pada Rabu, yang terdiri daripada wakil Turki, PBB, Rusia, dan Ukraine. Ia bertujuan memastikan pengangkutan yang selamat, oleh kapal dagang yang mengangkut bahan makanan komersil dan baja dari tiga pelabuhan utama Ukraine.

Sumber : Bernama/SU/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.