Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kapal perang AS singgah di Selat Taiwan, pertama sejak lawatan Pelosi

Anggaran Waktu Membaca:
Kapal perang AS singgah di Selat Taiwan, pertama sejak lawatan Pelosi

(Gambar: AFP/US Navy/Justin Stack)

WASHINGTON: Dua kapal perang Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) sedang belayar melalui perairan antarabangsa di Selat Taiwan pada Ahad (28 Ogos).

Ini adalah operasi pertama seumpamanya sejak ketegangan dengan China berhubung lawatan Speaker Dewan Rakyat (Amerika Syarikat) AS, Nancy Pelosi ke Taiwan.

Tentera Laut AS, mengesahkan laporan Reuters yang menyatakan kapal jelajah Chancellorsville dan Antietam sedang melakukan operasi yang masih dijalankan. Operasi berkenaan lazimnya akan mengambil masa lapan hingga 12 jam untuk diselesaikan dan dipantau dengan teliti oleh tentera China.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kapal perang AS dan kapal perang dari negara sekutu seperti Britain dan Kanada secara berkala belayar melalui selat Taiwan. Ia sudah mencetuskan kemarahan China yang mendakwa Taiwan sebagai wilayahnya sendiri menyusuli bantahan pemerintah yang dipilih secara demokrasi

Lawatan Cik Pelosi pada awal Ogos sudah mencetuskan kemarahan China yang melihatnya sebagai percubaan AS untuk campur tangan dalam hal ehwal dalaman China.

China kemudian melancarkan latihan ketenteraan berhampiran pulau itu selepas lawatan Cik Pelosi ke Taiwan pada awal Ogos dan latihan ketenteraan masih diteruskan.

Operasi tersebut menunjukkan komitmen Amerika Syarikat terhadap Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka.

Tentera Amerika Syarikat akan terbang, belayar dan beroperasi di mana-mana sahaja yang dibenarkan oleh undang-undang antarabangsa, menurut Tentera Laut AS.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan