Kapal perang AS, Iran berdepan di Selat Hormuz
Kapal-kapal perang Amerika Syarikat dan Iran berada dekat antara satu sama lain di Selat Hormuz pada Jumaat (21 Dis).
DUBAI: Kapal-kapal perang Amerika Syarikat dan Iran berada dekat antara satu sama lain di Selat Hormuz pada Jumaat (21 Dis).
Kapal induk USS John C. Stennis berlayar di Selat Hormuz dengan diekori kira-kira 30 kapal perang Iran.
Sebuah dron juga kelihatan dilepaskan untuk merakam pergerakan kapal-kapal Amerika.
Tehran telah berulang kali mengancam hendak menutup Selat Hormuz.
Terletak di muara Teluk Parsi, Selat Hormuz menjadi tempat laluan lebih 30 kapal minyak dunia.
Tentera Laut Amerika menyatakan pelayaran kapal induknya itu bagi membuktikan komitmen Washington kepada sekutu-sekutunya di rantau itu.
USS John C. Stennis merupakan kapal induk pertama Amerika berada di rantau Teluk sejak peristiwa serangan pengganas 11 September 2001 di New York.
Ketegangan hubungan antara Amerika dengan Iran semakin memuncak sejak Washington menarik diri daripada perjanjian nuklear dengan Tehran pada Mei lalu, sebelum mengenakan semula sekatan-sekatan ekonomi ke atas Iran.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.