Skip to main content

Dunia

Kapal perang Australia belayar di Selat Taiwan, dipantau tentera laut China

Anggaran Waktu Membaca:
Kapal perang Australia belayar di Selat Taiwan, dipantau tentera laut China
Kapal Tentera Laut Diraja Australia, HMAS Toowoomba, berlabuh di Pangkalan Tentera Laut Changi di Singapura pada 4 Mei 2023. (Gambar fail: REUTERS/Caroline Chia)
SYDNEY: Sebuah kapal perang Australia belayar melalui Selat Taiwan, menurut sumber pemerintah pada Ahad (22 Feb) dalam transit terkini oleh sekutu Amerika Syarikat di laluan yang dipertikaikan itu, yang menurut media yang disokong pemerintah China dijejaki dan dipantau oleh tentera negara itu.

Selain menuntut kedaulatan ke atas Taiwan yang ditadbir khas secara demokratik, Beijing menganggap selat yang sempit dan sangat strategik itu sebagai perairan wilayah China dan bertindak balas secara agresif terhadap tentera laut asing yang belayar di sana.

Toowoomba, sebuah kapal kelas Anzac milik Tentera Laut Diraja Australia, "melakukan pelayaran rutin melalui Selat Taiwan" pada Jumaat dan Sabtu sebagai sebahagian daripada "Pengerahan Kehadiran Serantau di rantau Indo-Pasifik," kata sumber itu.

"Semua interaksi dengan kapal dan pesawat asing adalah selamat dan dilakukan secara profesional," kata sumber itu.

Akhbar Global Times yang disokong pemerintah China, menukil sumber tentera China yang tidak dinamakan, melaporkan lewat Sabtu bahawa "Tentera Pembebasan Rakyat China menjalankan operasi pengesanan, pemantauan dan amaran proses penuh sepanjang transit."

Kapal perang Amerika Syarikat merentasi selat itu setiap beberapa bulan, menimbulkan kemarahan Beijing.

Beberapa negara sekutu Amerika Syarikat, seperti Perancis, Australia, Britain dan Kanada, juga melakukan pelayaran sekali sekala di selat itu.

China meningkatkan kehadiran tenteranya di sekitar Taiwan dan mengadakan latihan perang terbarunya di sekitar pulau itu pada hujung Disember.

Pemerintah Taiwan menolak tuntutan kedaulatan Beijing, sambil menyatakan hanya rakyat pulau itu yang boleh menentukan masa depannya.
Sumber : Reuters/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita