Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kapal peninjau tentera China berlabuh di pelabuhan Sri Lanka

Anggaran Waktu Membaca:
Kapal peninjau tentera China berlabuh di pelabuhan Sri Lanka

(Gambar: LAKRUWAN WANNIARACHCHI/AFP)

Diterbitkan : 16 Aug 2022 04:36PM Dikemas Kini : 16 Aug 2022 04:37PM
COLOMBO: Kapal peninjau China, Yuan Wang 5, sudah berlabuh di pelabuhan Hambantota yang dibina China di Sri Lanka.

Demikian menurut data Refinitiv dan laporan media tempatan pada Selasa (16 Ogos).

Kapal tersebut menjadi punca perbalahan antara India dengan China, kedua-duanya penyumbang kepada krisis ekonomi yang membelenggu Sri Lanka sekarang. India bimbang sekiranya China, pesaingnya yang lebih besar dan berkuasa, akan menggunakan pelabuhan Hambantota berdekatan laluan perkapalan Asia-Eropah sebagai pangkalan tentera.

Menurut penganalisis keselamatan asing, Yuan Wang 5 adalah salah satu kapal pengesan angkasa generasi terbaru China, yang mempunyai keupayaan pemantauan satelit, roket dan pelancaran peluru berpandu balistik antara benua.

Kapal-kapal Yuan Wang dikatakan dikendalikan oleh Pasukan Sokongan Strategik daripada Tentera Pembebasan Rakyat, seperti yang dipetik daripada Pentagon.

Kementerian Luar Sri Lanka pada Sabtu menyatakan ia bersetuju untuk kapal Yuan Wang 5 berlabuh di Hambantota, meskipun terdapat kebimbangan keselamatan yang disuarakan oleh India dan Amerika Syarikat.
 
India menolak dakwaan bahawa ia memberi tekanan terhadap Sri Lanka untuk tidak membenarkan perlabuhan kapal tersebut.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan